Masyarakat Melayu di Singapura kini lebih berkeyakinan dan selesa berbahasa Inggeris di mana saja mereka berada berbanding bahasa Melayu meskipun berada di rumah. Eh, bukankah bagus jika masyarakat sudah pandai berbahasa Inggeris? Barulah boleh di
katakan bangsa yang moden. Tahukah anda masyarakat Melayu di Singapura kini lebih menggunakan Bahasa Inggeris sehingga ada di antara mereka tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu? Sebenarnya, perkara ini jika tidak diteliti dengan baik akan membawa kepada masalah yang besar pada masa akan datang.
Tahukah Anda?
Tahukah anda bahawa bahasa merupakan ciri penting di dalam identiti bangsa? Tahukah anda masyarakat Melayu di Singapura kini lebih menggunakan Bahasa Inggeris sehingga ada di antara mereka tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu? Tahukah anda jika perkara ini berterusan masyarakat Melayu akan kehilangan jati diri sebagai bangsa berketurunan Melayu?
Tren Membimbangkan
Ha, sekiranya anda ingin tahu, masalah besar yang bakal kita hadapi sekiranya perkara ini berterusan ialah di mana bangsa Melayu kita tidak mengetahui malah tidak menghargai malah langsung tidak mengambil peduli asal usul mereka. Lebih menakutkan lagi apabila mereka gagal untuk berkomunikasi dengan orang yang lebih tua. Menakutkan sekali!
コメント