top of page
Cari
Writer's pictureBooku

Bantu anak-anak anda dalam BM

Updated: 20 Jan 2021

Ha, sebenarnya penyelesaian kepada masalah ini bermula dengan diri kita sendiri! Sebagai ibu bapa kita seharusnya bersikap proaktif untuk memberikan pendedahan tentang bahasa Melayu sejak dari awal lagi dengan menyuburkan keinginan semula jadi untuk belajar dalam diri anak-anak (Maria Montessori).

Selain itu, para ibu bapa perlulah mewujudkan suasana untuk berbahasa Melayu di rumah. Perkara ini boleh dilakukan dengan sering berbual dengan anak-anak menggunakan bahasa Melayu. Dan untuk melicinkan lagi perancangan, ibu bapa boleh untuk mewajibkan anak-anak untuk berbahasa Melayu sahaja di rumah.




Ibu Bapa Harus Proaktif

Oh, untuk memudahkan kerja ibu bapa, BOOKU telah membangunkan buku cerita animasi yang selamat untuk kanak-kanak, untuk dibaca bersama dengan pembelajaran aktiviti yang menarik serta panduan pelajaran untuk ibu bapa di atas sebuah platform dalam talian.

Untuk pengetahuan anda, BOOKU merupakan medium yang sesuai untuk menarik minat anak-anak kecil mempelajari bahasa melayu kerana BOOKU menyediakan Aktiviti Pelbagai Deria yang melibatkan aktiviti mendengar, bercakap, membaca dan menulis. Selain itu juga, BOOKU juga menyediakan bahan-bahan yang menyeronokkan seperti video animasi, audio baca secara kuat dan aktiviti-aktiviti lain lagi yang sangat menyeronokkan!



Tip:

Tahukah anda BOOKU sangat mudah untuk digunakan kerana ia adalah mesra pengguna dan boleh diakses di mana-mana sahaja.

Apa yang lebih menarik! BOOKU sangat menitik beratkan keterlibatan ibu bapa dalam aktiviti untuk menambah minat anak-anak selain dapat mengeratkan lagi hubungan. Ha, disebabkan itu, BOOKU telah menyediakan buku aktiviti atas talian dan juga panduan pelajaran untuk sokongan ibu bapa.




3 lihatan0 komen

Comments


bottom of page