top of page
Cari
Writer's pictureBooku

Punca Kemerosotan Penggunaan Bahasa Melayu

Updated: 20 Jan 2021

Jika kita lihat kepada situasi pada hari ini, mudah untuk kita temui pelbagai punca kepada masalah penurunan penggunaan bahasa melayu di Singapura.


Antaranya ialah kurangnya peluang untuk menggunakan bahasa melayu dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, proses jual beli tidak lagi dijalankan dalam bahasa Melayu di sebabkan masyarakat kini lebih selesa berbahasa Inggeris.

Ibu bapa kini lebih mengutamakan bahasa inggeris untuk berbual-bual dengan anak mereka di rumah. Oleh sebab itu, generasi muda sekarang ini tidak mempunyai banyak pendedahan tentang bahasa melayu akibat tindakan segelintir ibu bapa ini.


Tambahan lagi, apabila banyak sekolah di Singapura ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara menyebabkan golongan muda ini merasa tiada keperluan untuk mempelajari bahasa melayu.



Kurang Bahan Bacaan Melayu

Selain itu, kurangnya bahan bacaan yang menarik dalam bahasa Melayu juga menjadi punca kepada masalah ini. Bahan yang menarik amat penting untuk menarik minat pembaca mempelajari bahasa melayu dalam kalangan kanak-kanak yang berumur seawal usia 4 tahun. Pepatah Melayu ada mengatakan, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Sekiranya kita tidak menarik minat mereka sejak dari kecil, pasti akan menjadi satu masalah untuk mereka membaca buku bahasa melayu di kemudian hari.








19 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

コメント


bottom of page