top of page
Cari
Writer's pictureBooku

Cara bijak galakkan anak-anak cintakan budaya dan identiti kita dengan membaca.

Updated: 20 Jan 2021

Ibu bapa adalah guru yang pertama dalam kehidupan setiap anak-anak.

Ini tip genius untuk ibu bapa membudayakan tabiat membaca sambil mengenali budaya dan identiti kita.

1. Jangan hadkan minda ‘sponge’ anak-anak kita. Ransang mereka untuk menjadi poliglot.

Galakkan mereka membaca dalam bahasa yang menunjukkan identiti kaum/negara kita, seperti bahasa Melayu. Sambil terangkan mengapa pentingnya mempunyai identiti dan jati diri.

Menguasai bahasa Melayu tidak akan mengehadkan penguasaan Bahasa Inggeris. Malah, ia menjadi satu kelebihan menjadi poliglot. Pastinya mereka akan menarik perhatian ramai dek keletah cilik dan kebijaksanaan mereka.

2. Bincangkan nilai murni dalam cerita untuk meningkatkan fokus.

Cerita lagenda tujuannya untuk menarik minat kanak-kanak memahami budaya masyarakat di samping memupuk nilai murni kehidupan.

Misalnya lagenda Melayu, Bawang Putih Bawang Merah. Adakan komunikasi dua hala tentang pentingnya berbudi bahasa. Apakah kesannya berbuat baik? Berikan mereka soalan berbentuk terbuka (open-ended) supaya kita dapat meransang pemikiran kritis mereka. Jika soalan yang diberikan berbentuk tertutup (close-end), anak-anak terdorong untuk hanya menjawab ya atau tidak.

3. Gunakan teknologi untuk membantu pembacaan.

Kajian menunjukkan kanak-kanak 4-6 tahun lebih memberi perhatian kepada buku cerita beranimasi berbanding ilustrasi statik (Takacs et al., 2016). Ini kerana, animasi membantu mereka memahami pembacaan dengan lebih mudah dan menarik. Sekali gus mempercepatkan perkembangan otak.

Tambahan pula, buku cerita beranimasi didatangkan dengan audio dan teks, di mana ia bukan sahaja membantu mereka memahami, bahkan menyebut dan membaca dengan lancar. Serampang dua mata!

Manfaatkan teknologi hari ini demi kelestarian kehidupan anak-anak kita.

Sebagai ibu bapa, kita perlu lebih rajin dari mereka! Selangkah mereka, 10 langkah kita. Percayalah, tak rugi 'melabur' untuk mereka. Dunia di hujung jari, modenisasi tidak bermakna kita perlu lupa identiti dan jati diri. Jadikan membaca itu kebiasaan di mana jua.

Rujukan:

Takacs, Z. K., & Bus, A. G. (2016). Benefits of motion in animated storybooks for children’s visual attention and story comprehension. An eye-tracking study. Frontiers in Psychology, 7, 1591.


9 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

コメント


bottom of page